Semak Hibah — Ingatkan cukup rupanya..
Semakan kewangan keluargaInisiatif Bersedia ke Kita?

Kempen Semak Hibah

Kalau anda tiada esok, berapa lama keluarga boleh meneruskan hidup seperti biasa?

Semak wang yang keluarga mungkin perlukan sementara harta pusaka diurus. Anda boleh buat semakan ini walaupun belum ada hibah takaful.

Mulakan Semakan
1

Siapa yang bergantung pada anda?

Pilih semua yang bergantung pada pendapatan anda.

Termasuk makan, tempat tinggal, bil, pendidikan dan komitmen keluarga.
Contohnya gaji pasangan yang masih akan diterima. Kos bulanan ditolak pendapatan ini untuk mendapat jurang sebenar.

Isi perbelanjaan untuk melihat jumlah yang keluarga perlukan setiap bulan.

2

Wang yang keluarga boleh akses

Masukkan simpanan atas nama pasangan atau keluarga yang boleh digunakan.

Wang atas nama anda yang masih perlu melalui tuntutan pusaka jangan dimasukkan di sini.
3

Perlindungan yang anda sudah ada

Jika belum ada takaful, pilih “Tiada” dan teruskan semakan.

4

Baki hutang yang perlu dibayar

Masukkan baki penuh hutang yang keluarga mungkin perlu selesaikan. Isi 0 jika tiada.

Masukkan baki hutang, bukan ansuran bulanan. Jika mahu hutang ini dianggap dilangsaikan sekali gus, jangan kira ansurannya sekali lagi dalam perbelanjaan bulanan. Semak perlindungan pinjaman yang mungkin membayar sebahagian baki hutang.
5

Berapa lama anda mahu menyara keluarga?

Pilih tempoh yang mahu anda jadikan sasaran.

Pilihan 5 tahun ialah anggaran perancangan, bukan ramalan tempoh sebenar anak berdikari.
i

Kenapa semakan ini penting?

Harta dan simpanan atas nama si mati mungkin memerlukan tuntutan pusaka, sedangkan belanja keluarga terus berjalan.

Sambungan semakan

Anggaran pembahagian harta pusaka

Jangan anda lupa: semua harta peninggalan bersih milik orang Islam yang meninggal dunia wajib diuruskan dan diagihkan mengikut hukum faraid, KECUALI jika ia tertakluk kepada pengecualian syarak tertentu.

Selepas tahu bahagian waris

Rumah atau tanah tidak semestinya perlu dijual

Jika penerima mendapat manfaat hibah takaful, wang itu boleh membantu mereka membayar nilai bahagian waris lain supaya rumah atau tanah dapat dikekalkan dalam keluarga, sekiranya semua pihak bersetuju dan urusan pusaka membenarkannya.

1Kenal pasti hak warisSemak bahagian setiap waris dan nilai sebenar bahagian si mati.
2Capai persetujuanBincang nilai bayaran dengan waris yang ingin menyerahkan bahagian mereka.
3Urus pindah milikRekodkan persetujuan melalui proses pusaka dan pindah milik yang sah.

Manfaat hibah milik penerima yang dinamakan dan tidak secara automatik membeli hak waris lain. Setiap waris yang berhak perlu bersetuju secara sukarela; baki pembiayaan rumah, hak pemilik bersama, waris bawah umur dan dokumen hak milik juga perlu disemak. Rujukan JKPTG tentang pembahagian secara muafakat.

LANGKAH SETERUSNYA

Harta ada, tapi cukupkah tunai untuk keluarga mengekalkannya?

Anda sudah nampak anggaran belanja, hutang dan bahagian waris. Jika manfaat hibah belum ada, belum pasti, atau jumlahnya mungkin tidak cukup, semak dahulu berapa perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.

WhatsApp saya untuk semak hibah

Beritahu keadaan keluarga dan perlindungan sedia ada. Semakan ini tidak mewajibkan anda mengambil pelan.

Semak Hibah · Inisiatif Bersedia ke Kita?